MIRI: Masyarakat diseru untuk membuat temu janji terlebih dahulu kepada Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, sebelum hadir ke Pusat Swab Sehenti, Stadium Tertutup Miri.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri,Datuk Lee Kim Shin ketika memantau ke Pusat Swab berkenaan pada Selasa.

Katanya, keadaan sukar dikawal apabila tempat tersebut menjadi sesak disebabkan kedatangan orang ramai untuk mendapatkan saringan, dalam satu tempoh dan masa yang sama.

Untuk itu jelasnya, adalah lebih baik sekiranya proses saringan dilakukan dalam keadaan yang teratur dan terkawal mengikut temu janji yang telah ditetapkan.

Bagi membuat temu janji, boleh menghubungi Bilik Gerakkan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri di talian 085-410722 atau 085-322085.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri,Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri,Dr. P. Raviwharmman serta RELA Miri, Hafizi.