
ANGKA kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini menuju dua juta kes ketika angka jangkitan dijangkiti virus maut itu menghampiri 92 juta.
Pada awal pagi ini angka jangkitan ialah 91,988,471.
Setakat pagi ini terdapat 1,986,622 kes kematian dilaporkan oleh Worldometers.
Jumlah yang sembuh sudah mencecah 65 juta.
Berdasarkan data terkini Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 389,599 kes.
Jumlah kes jangkitan di Amerika Syarikat sudah mencecah lebih 23 juta.
Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Brazil berada di tangga kedua dengan lebih 204,000 kematian termasuk 1,109 kes terbaharu.
India merekodkan 151, 564 kematian manakala Mexico merekodkan lebih 134,000 kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.
Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Colombia, Argentina, Jerman, Peru dan Afrika Selatan.
Indonesia, Turki dan Ukraine pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
