KUALA LUMPUR: Rakyat Sarawak diminta perlu lebih berjaga-jaga dan berwaspada.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sarawak, sehingga esok, Khamis, 14 Jan.

MetMalaysia dalam kenyataan   memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku membabitkan Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman manakala amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Untuk rekod, beberapa tempat di Sarawak semalam dilanda banjir termausk di Mukah dan beberapa kawasan  Kuching.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah melibatkan Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat sehingga hari ini (13 Jan).

“Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah.

“Angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 km/j dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.