MUKAH: Lapan tempat awam di Daerah Mukah dan Dalat kini ditutup sementara waktu untuk semua aktiviti riadah dan sukan bermula hari ini. (13 Januari 2021)

Kawasan tersebut ialah untuk Daerah Mukah, Tapak Kaul Mukah, Taman Permainan Kala Dana, Dataran Pehin Setia
Raja, Taman Boulevard Setia Raja dan Taman Permainan Dataran Pehin Daerah Mukah.

Manakala bagi Daerah Dalat,Taman Kelideng, Taman Solidariti Dalat dan Tebingan Dalat Daerah Dalat.

Menurut kenyataan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) semalam orang ramai adalah ditegah untuk berkunjung atau berkumpul di kawasan yang dimaklumkan bagi sama-
sama membendung penularan pandemik Covid-19.

“Arahan penutupan sementara kawasan yang dinyatakan tersebut ialah termaktub dibawah seliaan Majlis semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP-P) sebagaimana yang diumumkan pada Jawatankuasa Pengrusan Bencana Negeri pada Isnin lalu.

“Tarikh pembukaan semula tempat awam ini akan diumumkan kelak mengikut keadaan semasa.

“Pihak
berkuasa juga akan memantau keadaan di kawasan terbabit dari semasa ke semasa
bagi memastikan pematuhan dilakukan dan mana-mana pihak yang ingkar
arahan akan diambil tindakan yang tegas,” jelas kenyataan tersebut.

Orang awam juga adalah diseru agar sama-sama mematuhi arahan tersebut demi
kepentingan awam dan pihak majlis menyeru kepada umum untuk sentiasa menjaga
kebersihan diri dan mengamalkan norma baru apabila berada di tempat awam.