KUCHING: Enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sarawak setakat ini, bagi menempatkan 385 mangsa banjir membabitkan 91 keluarga di Serian, Kuching dan Miri.

Berdasarkan laporan banjir Sarawak hari ini, satu PPS dibuka di dewan Kampung Betong Kenawit, Serian yang menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga di kampung berkenaan.

Manakala empat PPS dibuka di Kuching, antaranya di balai raya Taman Desa Wira, di sini yang menempatkan 35 mangsa, membabitkan 16 keluarga daripada Taman Seri Mas.

Selain itu di Dewan Rekreasi Bimajaya yang menempatkan 75 mangsa daripada 15 keluarga), Dewan Serbaguna Taman Malihah (187 mangsa, 42 keluarga) dan rumah kedai Lot Batu Kawa (60 mangsa, 11 keluarga).

Satu lagi PPS dibuka di Miri iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Batu 1 yang menempatkan tujuh mangsa daripada sebuah keluarga.