RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud, 85 menerima dos vaksin pertama baginda, memetik Saudi Press Agency.

Arab Saudi melancarkan kempen vaksin Covid-19 bermula 17 Disember lepas setelah mendapat pesanan pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Menurut Kementerian Kesihatan Saudi, program vaksin itu dilancarkan tiga tahap, bermula dengan orang yang berusia 65 tahun ke atas dan penghidap penyakit kronis.

Semua suntikan vaksin diberikan percuma kepada rakyat Saudi negara dengan populasi 34 juta.

Arab Saudi mencatat 363,949 kes positif Covid-19 dengan lebih 6,295 kematian, tertinggi di negara Teluk, tetapi turut melaporkan tingkat pemulihan yang tinggi 355,706 sembuh.