JAKARTA: Adnan Oktar yang juga dikenali sebagai Harun Yahya dijatuhi hukuman penjara 1,075 tahun oleh mahkamah di Turki atas tuduhan pelecehan dan kekerasan seksual pada Isnin lepas.

Yahya, 64, ditangkap pada 2018 atas tuduhan jenayah kewangan, dan pengintipan politik dan tentera bermula dengan menubuhkan pertubuhan sehingga melakukan pelecehan seksual.

Para wanita yang terlibat dalam pertubuhan tersebut tampil menjadi saksi bahawa selama terlibat dalam pertubuhan, semasa bawah umur mereka dilecehkan oleh Yahya.

Pada 1990-an Yahya menghasilkan banyak buku teori konspirasi tentang kreasionisme dan freemasonry – memimpin pertubuhan dikaitkan dengan skandal seks.
Beliau turut mengkritik teori evolusi Darwin.
Kebanyakan wanita yang menyertai pertubuhan tersebut memiliki wajah seiras disebut sebagai “Kittens” oleh Yahya.

Menurut AFP, mahkamah Turki mengadili 236 tersangka susupen dengan 78 di antaranya ditahan.

Saksi dan mangsa mengaku dia dan beberapa wanita lain kerap diperkosa dan dilecehkan oleh Oktar serta memaksa mereka mengambil pil pencegah hamil.

Polisi turut menemui 69,000 pil pencegah hamil di kediaman Oktar.