ANGKA kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini menuju dua juta kes ketika lebih 90 juta sudah dijangkiti virus maut itu.

Setakat pagi ini terdapat 1,942,545  kes kematian dilaporkan oleh Worldometers.

Jumlah yang sembuh sudah mencecah 64 juta.

Berdasarkan data terkini Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 383,275 kes.

Jumlah kes jangkitan di Amerika Syarikat sudah mencecah lebih 22 juta.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Brazil berada di tangga kedua dengan 203,140 kematian termasuk 483  kes terbaharu.

India merekodkan 151, 198 kematian manakala Mexico merekodkan lebih 133,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru dan Afrika Selatan.

Indonesia, Turki dan Ukraine pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.