KEDUP: Para petani perlu bersikap proaktif dalam mempertingkatkan kualiti dan sara hidup masing masing agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.

Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Kedup, Martin Ben berkata, kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai bantuan seperti input pertanian serta bantuan lain.

Jelas beliau, setiap tanaman yang diusahakan perlu diperkembangkan bagi mendapatkan hasil dan produk yang lebih banyak.

Beliau berkata demikian semasa Program ‘Makai Beserumpu Taun Baru 2021′ di Dewan Kampung Antayan Keropok pada Sabtu.

Pada masa sama, beliau menyeru penduduk di kawasan berkenaan untuk terus memberi sokongan dan mandat kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri akan datang.