Friday, August 12, 2022

Orang ramai di bahagian Miri diperingatkan bersedia dengan Miri diistiharkan sebagai zon merah esok

Secara Rawak

MIRI: YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga merupakan Menteri yang bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri dalam satu mesyuarat bersama dengan semua jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri pada petang Isnin memberikan peringatan kepada orang ramai di Bahagian Miri untuk bersedia dengan Miri diisytiharkan sebagai Zon Merah bermula esok.

JPBB Miri telah mengadakan mesyuarat semalam bersama dengan SDMC berhubung kes membabitkan Kluster Pasai Sibu. Hasil daripada siasatan PKB Miri, lima individu dikesan telah hadir ke upacara pengebumian di Rumah Langi Pasai Siong, Sibu. Sebagai Langkah kawalan dan pencegahan arahan sekatan pergerakan ke atas Rumah Ramba @ Rumah Emah Sg. Liam Baru Bakong telah dikuatkuasakan berkuatkuasa semalam. Ujian calitan tekak membabitkan 199 individu akan dilakukan oleh KKM esok.

Susulan kes positif membabitkan Kluster Bah Sayap yang dilaporkan di Daerah Miri, Jabatan Kesihatan melakukan pengesanan kontak secara agresif.

Seramai 942 orang telah dikesan untuk menjalani ujian calitan tekak COVID19. Daripada jumlah itu, 614 orang telah melakukan ujian dan 280 adalah keputusan negatif. Susulan daripada peningkatan drastik kes positif membabitkan kluster ini, JPBB Miri mengesahkan status Miri akan bertukar kepada Zon Merah dan statistik terkini akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). (Sila rujuk Kenyataan Media
JPBNS yang diumumkan petang ini). ZON MERAH

Datuk Lee Kim Shin dalam mesyuarat, memberikan peringatan kepada penduduk di Miri agar bersedia dengan pematuhan Protokol Zon Merah antaranya sekatan rentas daerah kecuali perkhidmatan penting (essential services).

JPBB Miri menggesa penduduk di Bahagian Miri agar terus sentiasa mematuhiSOP COVID-19 dan kekal waspada.

Stay safe and take care. Kita Jaga Kita.
11 Januari 202

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru