KUCHING: Semua acara rasmi Ketua Menteri Sarawak di Miri dan Bintulu pada Rabu dan Khamis dikatakan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut sumber Kerajaan Negeri yang dipetik media petang ini, antara acara yang ditunda termasuklah sambutan ulang tahun keempat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri dan Program Sarawakku Sayang di Miri pada Rabu dan pelancaran bank bergerak di Bintulu pada Khamis.
Keputusan itu dilaporkan dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.
Semalam, Kuching dan Sibu diisytiharkan sebagai zon merah apabila kedua-dua daerah itu merekodkan lebih 40 kes positif Covid-19.