Sunday, May 22, 2022

PKPB di Kuching, Miri, Sibu

Secara Rawak

Memandangkan kes positif COVID-19 di daerah Kuching, Sibu dan Miri kian meningkat setiap hari, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah menilai situasi dengan mengambilkira kes jangkitan tempatan yang direkodkan di Sarawak iaitu sebanyak 209 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas. Maka keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Daerah Kuching, Sibu dan Miri akan dilaksanakan mulai 13 hingga 26 Januari 2021 (14 hari).

.
Pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada PDRM (permit Polis).

.Pergerakan rentas zon dalam negeri Sarawak tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran daripada PDRM (permit Polis).

a) Zon Kuching (Kuching, Samarahan dan Serian)

b) Zon Sibu (Sibu dan Sarikei)

c) Zon Miri (Miri)

.Kemasukan ke negeri Sarawak akan dikenakan Kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang telah diperakui oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari ke-2 dan hari ke-10.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru