ANGKA kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini menuju dua juta  kes ketika lebih 90 juta sudah dijangkiti virus maut itu.

Setakat pagi ini terdapat 1,933,618 kes kematian dilaporkan oleh Worldometers.

Berdasarkan data terkini Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 381,480 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Brazil berada di tangga kedua dengan 202,657 kematian termasuk 1, 115 kes terbaharu.

India merekodkan 1512, 048 kematian manakala Mexico merekodkan lebih 132,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru dan Afrika Selatan.

Indonesia, Turki dan Ukraine pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.