Monday, December 5, 2022

Terima tangki air sebelum paip siap sepenuhnya

Secara Rawak

SIMUNJAN: Seramai 846 orang penerima dari kawasan Simunjan akan menerima sumbangan tangki air daripada kerajaan Sarawak pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, kesemua tangki air itu akan diagihkan secara berperingkat kepada para penerima.

Menurutnya, di Kampung Rangawan sahaja, seramai 198 orang penerima akan menerima sumbangan tangki air berkenaan.

“Pengagihan bantuan agihan tangki air adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air yang dialami penduduk selama ini sementara menunggu siapnya pemasangan paip secara total.

“Hari ini seramai 64 orang yang menerima bekalan tangki air, manakala selebihnya akan diserahkan secara berperingkat,” katanya semasa Majlis Penyerahan Tangki Air di Kampung Rangawan pada Jumaat.

Malah meskipun dalam keadaan hujan lebat, ia tidak menghalang beliau untuk menyempurnakan majlis penyerahan tangki air tersebut.

Awla menambah, penduduk kampung berkenaan sangat bertuah kerana telah terpilih menjadi kampung pertama yang menerima tangki air bagi tahun 2021.

Sementara itu, rata-rata penerima yang ditemui sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri dan ADUN di atas keprihatinan dalam menyumbangkan tangki air yang ditunggu-tunggu penduduk kampung selama ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru