Friday, October 7, 2022

Penduduk rumah panjang Kampung Sungai Putong terima bantuan

Secara Rawak

SRI AMAN: Kes positif yang dilaporkan di Rumah Panjang Kampung Sungai Putong, Batu Lintang telah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di rumah panjang tersebut berkuatkuasa pada Khamis.

Rumah panjang yang dihuni oleh seramai 30 orang penduduk itu telah dikawal ketat supaya penduduk tidak bergerak keluar dan orang luar tidak masuk ke rumah panjang berkenaan.

Berdasarkan maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah selesai melakukan ujian saringan COVID-19 pertama ke atas penduduk di rumah panjang itu pada Jumaat.

Rumah panjang yang memiliki 12 pintu tersebut juga telah menerima bantuan bekalan makanan dan minuman daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru