Indonesia terus muncul nombor satu negara Asia Tenggara dari segi jumlah kes jangkitan Covid-19 dan juga kes kematian.

Negara 270 juta jiwa  setakat pagi Sabtu merekodkan 808,601 kes jangkitan  manakala jumlah kematian ialah 23,753 kes.

Jumlah kes jangkitan terbaharu dalam tempoh 24 jam ialah  10,617 kes manakala jumlah kematian ialah 233 kes.

Ini meletakkan negara itu berada di tangga ke-21 dunia dari segi jumlah kes jangkitan.

Filipina dengan  lebih 483,000 kes pula berada di tangga ke-30 dengan 9,364 kematian.

Malaysia nombor tiga di Asia Tenggara dari segi jumlah jangkitan, iaitu sebanyak 131,108 kes, termasuk 2643 kes terbaharu. Jumlah kematian pula ialah 537, termasuk 16 kes kematian terbaharu.