ANGKA kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini menuju dua juta kes.

Setakat pagi ini terdapat 1,920,264 kes.

Berdasarkan data Worldometers, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 377,679 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Brazil berada di tangga nombor dua dengan 201,542 kematian termasuk 1,044 kes terbaharu.

India merekodkan 150,835 kematian manakala Mexico merekodkan lebih 130,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru dan Afrika Selatan.

Indonesia, Turki dan Ukraine pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.