Berlaku sahaja peristiwa besar di dunia lebih-lebih lagi yang melibatkan Amerika Syarikat (AS), ramai akan mencari atau merujuk siri kartun popular The Simpsons untuk dikaitkan sebagai ramalan awal peristiwa tersebut.

Sebelum ini, penulis The Simpsons Bill Oakley, pernah menolak dakwaan rancangan itu meramal masa hadapan.

Beliau menyatakan hal yang berlaku hanyalah secara kebetulan dengan yang pernah diterbitkan The Simpsons.

Sebelum ini, ramai merujuk kepada ramalan The Simpsons bahawa Donald Trump menjadi Presiden AS sesuatu yang benar.

Tahun lepas, pada November The Simpsons pernah menyiarkan pada hari pelantikan Presiden AS baharu, The Springfield digambarkan huru-hara melalui siri Halloween ke-31 Simpsons “Treehouse of Horror XXXI” yang turut memaparkan AS “kiamat” menjelang 2021.

Kartun tersebut dimulakan dengan hari pilihan raya dengan kempen: “Biden Harris”, “Trump Putin” dan “Pilih Sesiapa Saja”.

Apabila huru-hara berlaku, digambarkan robot memenuhi bandar, bangunan terbakar dan Homer berbaju besi sambil membawa senapang.

Dapatkah gambaran siri kartun ini dikaitkan dengan penyokong Trump yang tidak dapat menerima kemenangan Joe Biden yang menyerang Bangunan Kongres di Capitol Hill, Washington DC pada Rabu lepas?