Sehingga  pagi ini sudah lebih 88 juta dijangkiti virus maut Covid-19 manakala yang maut sudah mencecah 1.90 juta.

Jumlah yang sembuh lebih 63  juta setakat pagi ini.

Data terbaharu Worldometers  terus menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 22  juta kes dengan lebih 374,000 kematian sekali gus berada di tangga teratas dunia.

Ini diikuti India dengan 10.41 juta kes dengan lebih 150,000 kematian  dan Brazil dengan 7.96 juta kes dengan lebih 200,000 kematian.

Angka positif di Rusia kini melangkaui 3.33  juta kes dengan lebih 60,000 kematian  manakala negara yang melepasi angka dua  juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.

Perancis yang berada di tangga kelima dunia sudah merekodkan 2.72 juta kes jangkitan, United Kingdom sebanyak 2.88  juta kes, Turki 2.29  juta dan Itali 2.22  juta kes.

Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Ukraine, Afrika Selatan dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Indonesia, Czechia, Belgium, Romania, Chile, Kanada, Iraq dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.