KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini  membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),  kerana  menafikan pendaftaran dua buah parti politik – Pejuang dan Muda  sekali gus menggesa jabatan terbabit  menyatakana alasan dan hujah yang kukuh mengapa parti berkenaan dinafikan pendaftarannya.

Menurut Anwar menafikan pendaftaran Pejuang dan Muda “tidak dapat diterima sama sekali kerana hak berpersatuan dan menubuhkan politik sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pejabat pendaftar bukan perkakas politik bagi pihak yang di dalam kerajaan untuk diperalat sesuka hati demi agenda mereka’  katanya dalam satu kenyataan.

“Ketelusan dan kebertanggungjawaban mesti ditegakkan agar para kakitangan jabatan pendaftar tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka dan setiap tindakan dan keputusan mereka wajar dipersoalkan,” kata Anwar  lagi.

Media melaporkan  RoS menolak permohonan pendaftaran Pejuang dan Muda yang masing-masingnya  dipimpin oleh  mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.