KABONG: Sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi membina jeti konkrit di dermaga Kabong yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pembinaan jeti berkenaan merupakan antara Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong, Mohd Chee Kadir.

Projek tersebut akan dilaksanakan Syarikat Nur Izzatul Enterprise bermula 8 Januari ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 25 Jun 2021.

Hari ini berlangsung majlis ringkas penyerahan projek daripada agensi pelaksana kepada kontraktor yang turut disaksikan Ketua Kampung Johari Ros, Pegawai Khas ADUN Kabong Nur Elffi Amir dan beberapa wakil dari pihak agensi pelaksana.