Jumlah kumulatif  kes jangkitan Covid-19  setakat pagi ini telah mencecah 86 juta manakala yang maut ialah 1.87 juta.

Jumlah yang sembuh lebih 61 juta setakat pagi ini.

Data terbaharu Worldometers  terus menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan  21.57  juta kes dengan lebih 365,000 kematian sekali gus berada di tangga teratas dunia.

Ini diikuti India dengan 10.37 juta kes dengan lebih 150,000 kematian  dan Brazil dengan 7.81 juta kes dengan lebih 197,000 kematian.

Angka positif di Rusia kini melangkaui 3.28  juta kes dengan lebih 59,000 kematian  manakala negara yang melepasi angka dua  juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.

Perancis yang berada di tangga kelima dunia sudah merekodkan 2.68 juta kes jangkitan dengan lebih 66,000 kematian, United Kingdom sebanyak 2.77  juta kes dengan lebih 76,000 kematian, Turki 2.27 juta  dengan lebih 21,000 kematian dan Itali 2.18 juta kes dengan lebih 76,000 kematian.

Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Ukraine, Afrika Selatan dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.Manakala Belanda, Indonesia, Czechia, Belgium, Romania, Chile, Kanada, Iraq dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.