Kes positif  Covid-19 global sudah mencecah 86 juta, manakala angka korban lebih 1.86 juta..

Jumlah yang sembuh lebih 61 juta setakat pagi ini.

Data terbaharu Worldometers  terus menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 21  juta kes dengan lebih 362,000 kematian sekali gus berada di tangga teratas dunia.

Ini diikuti India dengan 10.35 juta kes dengan lebih 149,000 kematian dan Brazil dengan 7.75 juta kes dengan lebih 196,000 kematian.

Angka positif di Rusia kini melangkaui 3.26  juta kes dengan lebih 58,000 kematian  manakala negara yang melepasi angka dua  juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.

Perancis yang berada di tangga kelima dunia sudah merekodkan 2.65 juta kes jangkitan, United Kingdom sebanyak 2.71  juta kes, Turki 2.25 juta dan Itali 2.16 juta kes.

Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Ukraine, Afrika Selatan dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.Manakala Belanda, Indonesia, Czechia, Belgium, Romania, Chile, Kanada, Iraq dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.