KUALA LUMPUR: Bukan semuanya indah dalam hubungan Umno dengan Bersatu. Konflik dijangka akan terus berlaku menjelang PRU-15.

Umno Pagoh telah bersuara dengan lantang.

Mereka mahu meletakkan calon sendiri di kawasan itu dalam PRU-15 nanti.

Maksudnya, tidak ada tempat bagi calon dari Bersatu yang kini diwakili Tan Sri Mahyuddin Yassin.

Mahyuddin ialah pernah mewakili kawasan itu atas tiket Umno, tetapi telah menyertai Bersatu selepas dipecat dari Umno sebelum PRU lalu.

Pada PRU-14, Muhyiddin memenangi kerusi Pagoh dengan 23,558 undi menentang Umno (16,631) dan PAS (2,483) undi.

Umno Pagoh enggan memberikan laluan kepada penyandang kerusi berkenaan iaitu Muhyiddin Yassin.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi  turut menyokong keputusan Umno Pagoh meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di parlimen Pagoh pada PRU akan datang.

“Ketetapan itu dibuat dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Pagoh semalam.

“Umno Pagoh akan mengemukakan usul itu kepada Majlis Perwakilan Tertinggi (MKT). Tahniah Umno Pagoh,” katanya dalam satu kenyataan dalam akaun Facebook hari ini.