GEORGE TOWN: Pemilik restoran makanan di Pulau Pinang memasang dan menghias dinding kedainya dengan wajah pemimpin komunis, Mao Tze Tong tular di media sosial pada Sabtu.

Astro Awani melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Rahimi Ra’ais berkata, polis membuka kertas siasatan terhadap pemilik restoran berkenaan, lelaki berusia 40 tahun.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Siasatan polis mendapati dua premis restoran, satu di Pulau Tikus dan satu di Auto City, Juru, memaparkan hiasan dinding berkenaan.

Laporan menyebut, lelaki tersebut ketika ini sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.