Sunday, July 3, 2022

Bawa pembangunan kepada komuniti setempat

Secara Rawak

SIBURAN: Kerajaan negeri telah banyak membawa pembangunan di kawasan Siburan, Tapah dan Beratok seperti mana kawasan lain di Sarawak.

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr.Jerip Susil berkata, penduduk di kawasan berkenaan juga tidak pernah terpinggir daripada mengecapi pelbagai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan.

Menurutnya, selain kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Hoe Khor juga memainkan peranan dalam membawa pembangunan kepada komuniti setempat.

Beliau berkata demikian semasa Program Penyerahan Sumbangan Makanan di Dewan Serbaguna Che Hoe Khor, Siburan pada Sabtu.

Dalam majlis tersebut, Datuk Dr Jerip turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 kepada NGO yang akan diagihkan secara berperingkat selama 4 tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru