LONDON: Ketika Brexit, ayah Perdana Menteri Britain Boris Johnson sendiri memohon untuk menjadi warganegara Perancis.

Stanley Johnson memberitahu radio Prancis RTL sejam sebelum Britain merealisasikan Brexit, beliau menganggap dirinya sebagai warga Perancis kerana ibunya lahir di negara tersebut.

“Ini bukan isu menjadi warga Perancis,” katanya kepada RTL.

“Ini tentang mengukuhkan apa-apa yang sudah saya miliki. Saya akan selalu menjadi orang Eropah,” tambahnya.

Malah semasa mengundi Brexit 2016, mantan anggota Parlimen Eropah berusia 80 tahun itu yang banyak menghabiskan masanya di Brussel, memilih Britain untuk tetap bersama-sama EU.

Sedangkan anaknya, Boris menerajui kempen Britain keluar EU. Dan di tangan Boris, Britain merealisasikan kemahuan generasi baharu yang mengundi pada Brexit 2016 itu.

Dikatakan su Brexit telah memecah-belah keluarga Johnson.

Wartawan Rachel Johnson, adik-beradik perempuan Boris sanggup memprotes untuk meninggalkan Parti Konservatif dan bergabung dengan Demokrat Liberal menjelang pilihan raya 2017, setahun selepas pengundian Brexit kerana membantah keputusan tersebut.