PARIS: Seramai 1,200 orang dikenakan hukuman denda dan lima ditahan atas dakwaan melanggar larangan berpesta sempena sambutan tahun baharu 2021.

Daripada jumlah itu, sebanyak 800 denda atas dakwaan melanggar peraturan pembatasan sosial Covid-19 pada malam perintah berkurung 8 malam hingga 6 pagi.

Ketika ini Perancis yang sudah menggunakan vaksin Pfizer mencatatkan 2.6 juta kes positif Covid-19 dengan 64,000 kematian akibat pandemik.

Manakala, 400 denda berkaitan pemilikan dan penggunaan dadah semasa pesta berlangsung.

Sebelum ini, laporan menyebut seramai 2,500 peserta menyertai pesta haram Rave Party yang ditegah oleh kerajaan Perancis demi mengelak penularan Covid-19 di negara tersebut.

Memetik CNN pada Sabtu, Komandan Militer Bretagne Gendarmerie, Jenderal Pierre Sauvegrain berkata pihak berkuasa menyiasat untuk mengenal pasti dalang penganjur pesta tersebut dan bakal dikenakan hukuman lebih berat.

Sauvegrain berkata, jumlah peserta terlibat akan bertambah selesai siasatan dijalankan.

Dalam insiden sambutan tahun baharu yang diharamkan itu, peserta turut bertindak membakar kenderaan polis, merosak kenderaan lain dan melempar botol serta batu ke arah pihak keselamatan.