Friday, October 7, 2022

Tragedi feri Triso: Lima van jenazah bawa 9 mangsa dari Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Sekurang-kurangnya lima van jenazah akan digerakkan dari Kuching ke Hospital Sri Aman untuk memudahkan pengurusan penghantaran jenazah kemalangan di Pangkalan Feri Triso, semalam ke rumah masing-masing.

Inisiatif penyediaan van jenazah itu merupakan tanda solidariti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), HUGS PROJECT (Helping Unfortunate Groups and Society) dalam usaha meringankanbeban keluarga mangsa yang terlibat.

Bagi Penyelaras HUGS PROJECT Sarawak, Mohd Sepian Abang Daud, usaha itu turut mendapat sokongan selain digerakkan bersama dengan beberapa NGO lain seperti Tabung Khiarat Kematian Masjid Nurul Khair; Harakah Islamiah (Hikmah) Sarawak.

“Kami akan bergerak ke Sri Aman sekitar pukul 8 pagi bersama beberapa orang sukarelawan. Kami berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mangsa,” seperti dilapor Astro Awani.

Sembilan sekeluarga  terkorban dalam tragedi di pangkalan feri Triso, Beladin, di sini, semalam pada hari pertama tahun 2021.

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila kenderaan yang dinaiki sembilan mangsa itu cuba berundur selepas kapasiti feri ketika sudah penuh.

Mereka  dipercayai dalam perjalanan menghantar seorang daripada ahli keluarga untuk mengikuti pengajian di sekolah tahfiz di Kuching.

Dalam kejadian 3.05 petang itu, semua mangsa disahkan terkorban selepas terperangkap di dalam kenderaan yang terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu Ford Ranger itu, Ronany Ting, 33 serta lapan penumpangnya iaitu Siti Aisha Abdullah, 36; Nor Shuhada Mohamad, 16; Alvin Phang, 12; Khairunnisa Muhamad, 14; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7; Wallace Phang, 7; Mohd Hamdan, 5, dan Muhd Mustaqim Mohd Ahmad Mohd Hamdan, 4 bulan.

Dipercayai antara penumpang kenderaan ialah  seorang wanita mualaf bersama-sama dua anaknya dan yang lain mempunyai pertalian keluarga dengannya.

Orang ramai di tempat kejadian berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, namun ketika dikeluarkan semua mangsa  didapati  sudah tidak sedarkan diri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru