Saturday, December 3, 2022

Kampung Muara Tebas akan dibangunkan 

Secara Rawak

KUCHING: Kampung Muara Tebas yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Bandaraya Kuching mempunyai banyak kawasan menarik yang boleh dilawati pelancong. 

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Dato’ Sri Nancy Shukri berkata inilah peluang yang boleh diambil masyarakat tempatan Sarawak untuk melawat kawasan-kawasan menarik yang ada di dalam negeri seperti di Kampung Muara Tebas ini. 

“Ini adalah sebuah temple yang telah wujud di Kampung Muara Tebas sejak beratus tahun. 

“Ianya melambangkan komuniti yang bersatu padu sebab ini merupakan kawasan Melayu dan temple ini adalah milik Cina. 

“Tapi, Melayu dan Cina boleh bekerjasama dengan bekerja di sini untuk menjaga temple ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Tekong Chin San Yen di Kampung Muara Tebas pada Jumaat.

Tambah Dato’ Sri Nancy lagi, kawasan di Kampung Muara Tebas ini akan  terus dibangunkan lagi dengan perancangan strategik yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni bagi memelihara kawasan bersejarah sekaligus membantu membangunkan ekonomi penduduk dengan kehadiran pelancong. 

“Kita hendak menarik semakin ramai kehadiran pelancong terutama sekali masyarakat Sarawak. Masyarakat Sarawak sendiri ramai yang tidak tahu. 

“Dan, di bawah tadi kita ada melihat Batu Nibung yang merupakan satu sejarah dan ada lagi tempat lain yang boleh menarik kehadiran pelancong.

“Ini pun kita nampak orang yang datang ke sini singgah ke kedai-kedai, boleh membeli barang dan makanan laut memang terkenal di Kampung Muara Tebas ini. 

Terdahulu, beliau dan ADUN Demak Laut Dr Hazland serta rombongan telah melawat Pasar Tani Nelayan Kampung Muara dan diikuti jeti Kampung Muara Tebas serta Tekong Ching San Yen bagi melihat nilai sejarah yang berusia 200 tahun sebelum menjamu selera di Restoran Sin Soon Lee Seafood. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru