Thursday, May 19, 2022

Kerajaan yang kukuh jamin kestabilan ekonomi dan pembangunan negeri

Secara Rawak

DARO: Kerajaan yang kukuh sangat diperlukan bagi memastikan pembangunan di Negeri Sarawak dapat diteruskan.

AhIi Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Wahab berkata kemenangan besar kerajaan sedia ada pada pilihanraya akan datang sangat penting bagi menjamin kestabilan ekonomi dan pembangunan negara dan Negeri Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa Majlis High Tea Bersama Pemimpin Daerah Daro pada Rabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi pula berkata sifat kepimpinan yang cemerlang perlu ada dalam setiap pemimpin agar dasar yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik.

Pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkesempatan menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pemimpin tempatan yang hadir kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin sepanjang tahun 2020.

Tidak ketinggalan Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir yang merakamkan penghargaan kepada Ketua Jabatan serta semua KMKK yang hadir atas sumbangan dan kerjasama sepanjang tahun ini.

Jelasnya, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan yang banyak dalam usaha membangunkan Daerah Daro.

Tambah beliau, pembangunan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan Jambatan Batang Lassa dan Batang Paloh semestinya memberikan impak yang besar kepada perubahan landskap Daro di masa akan datang.

Seramai 80 KMKK sekitar Daro bersama 30 Ketua Jabatan hadir dalam majlis penghargaan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru