LONDON: Ketika jam Big Ben di London berbunyi pada tengah malam, Britain secara rasmi keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit pada ambang tahun baharu, semalam.

Perpisahan Britain daripada EU berlaku setelah lebih 50 tahun bergabung, menjadikan Britain kini tidak lagi terikat peraturan yang ditetapkan EU.

Johnson berjanji menjadikan Britain negara “terbuka, murah hati, berpandangan luas, antarabangsa dan menerapkan prinsip perdagangan bebas.”

Britain sepatutnya meninggalkan EU pada 31 Januari 2020, namun tertangguh terhadang faktor lain seperti melibatkan perjanjian perdagangan bebas dengan Brussels.

Dengan perpisahan tersebut, pergerakan 500 juta warga Britain ke 27 negara EU perlu menggunakan visa.

Britain negara anggota pertama EU yang keluar dari blok yang ditubuh menyatukan negara pasca-Perang Dunia Pertama.

Referendum 2016 memutuskan Britain keluar dari EU di tangan Theresa May sehingga Johnson mengambil jawatan PM pada 2019.