Tuesday, June 28, 2022

Sektor pembinaan bakal penyumbang ekonomi negara pada 2021

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan memastikan peruntukan RM7.35 bilion bagi sektor pembinaan dan pembangunan infrastruktur negara dimanfaatkan sepenuhnya.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukan di bawah Bajet 2021 itu diyakini mampu menarik pelaburan, memperkukuhkan sektor ekonomi dengan memberi fokus kepada automasi dan pendigitalan.

“Harapan saya pada 2021, ekonomi negara akan kembali rancak dengan sektor pembinaan menjadi antara penyumbang utama ke arah memacu kembali ekonomi yang terkesan akibat penularan Covid-19.

“Saya juga berharap kesemua projek infra yang diluluskan di bawah Bajet 2021 Kementerian Kerja Raya dapat dilaksanakan mengikut perancangan demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh lapisan rakyat di seluruh negara untuk terus memelihara perpaduan dan keharmonian kaum, serta bersatu dalam menghadapi cabaran ekonomi akibat penularan Covid-19.

“Rakyat juga perlu belajar hidup dengan Covid-19 dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam kehidupan seharian. Jadikan kelaziman baharu amalan dan cara hidup,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru