Indonesia terus mencatatkan peningkatan dari segi kes jangkitan Covid-19.

Negara 270 juta jiwa itu kini berada di tangga ke-20 — peningkatan yang ketara dari segi kedudukan dunia dalam beberapa minggu terakhir.

Jumlah kes jangkitan menurut angka Worldometers  ialah 735,124 kes.

Ini termasuk  8,002 kes terbaharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Setakat pagi ini, Indonesia, negara terburuk di Asean dari segi jumlah kes, turut merekodkan hampir 22,000 kematian, termasuk 241 kes kematian terbaharu.