Friday, August 12, 2022

Generasi muda harus fahami aspirasi pemimpin masa kini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Asas ekonomi Sarawak akan terus kukuh menerusi kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang membawa Sarawak pada landasan yang tepat.

Menteri Kanan Kerja Raya yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau akan terus menyokong kepimpinan Abang Johari dalam usaha mencapai kemajuan di Sarawak menjelang tahun 2030.

“Saya turut yakin bahawa Kerajaan GPS akan mencapai lebih banyak kemajuan menerusi rundingan bersama-sama Kerajaan Persekutuan khususnya melibatkan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Perutusan Harapan dan Resolusi Tahun Baharu 2021 Menteri Kanan Kerja Raya semalam.

Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berharap agar politik di Sarawak akan terus stabil dengan kerjasama rakyatnya terutama generasi muda.

“Besar harapan saya supaya anak muda di Sarawak akan lebih memahami aspirasi perjuangan pemimpin masa kini demi masa depan negeri dan negara yang lebih terjamin.

“Saya turut berharap agar mereka (anak muda) yang berkecimpung dalam industri pembinaan supaya lebih proaktif dan lebih berdaya saing pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru