Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 kini sudah mencecah 82 juta.

Menurut angka terbaharu Worldometers jumlah setakat awal pagi ini ialah 82,291,833 kes.

Jumlah kematian pula sudah mencecah 1.79 juta kes manakala yang sembuh lebih 58 juta.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dari segi jumlah kes dan kematian.

Angka jangkitan di negara Uncle Sam itu menuju 20 juta dengan lebih 346,000 kematian.

Ini diikuti India dengan lebih 10 juta kes jangkitan dan lebih 148,000 kematian.

Brazil merekodkan lebih 7.56 juta kes jangkitan dengan lebih 192,000 kematian.

Rusia sudah merekodkan 3.1 juta kes jangkitan dengan lebih 55,000 kematian.

Perancis yang berada di tangga kelima merekodkan 2.57 juta kes dengan lebih 64,000 kematian.

Tiga negara yang sudah mencecah lebih dua juta kes ialah United Kingdom, Turki dan Itali.

Manakala sepuluh negara yang merekodkan lebih sejuta kes jangkitan ialah Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Ukraine, Afrika Selatan dan Peru.