JAKARTA:  Artis Gisel Anastasia  ialah  suspek kes video seks yang tular  di media sosial beberapa waktu lalu. Status tersangka ditetapkan setelah polis melakukan melakukan siasatan dan dua kali memeriksa Gisel sebagai saksi.

“Ini hasil  siasatan  yang dilakukan kelmarin, menaikkan status yang tadi saksi terhadap saudari GA, sebagai tersangka,” ujar pegawai polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus,

Maksudnya, Gisel Anastasia mengaku bahawa memang video yang ada itu atau yang beredar di media sosial adalah dirinya sendiri.

Pihak polis dipetik berkata selepas peserta Indonesian Idol musim ke lima itu membuat pengakuan ketika siasatan dilakukan, lapor Kompas

Sebelumnya, nama Gisel hangat diperkatakan di media sosial setelah adanya video seks yang disebut-sebut mirip dirinya tersebar. Sempat enggan memberi tanggapan, Gisel akhirnya angkat bicara terkait kes yang mirip dengan kasus video seks sebelumnya.

Namun, Gisel juga terlihat kesal kerena lagi-lagi dikaitkan terkait viralnya video berkenaan. “Sebenarnya kalau ditanya mah, agak enggak happy ya. Ini kan juga bukan kali pertama,” kata Gisel.

“Dia mengakui bahawa itu dirinya sendiri dan terjadi sekitar tahun 2017. Di salah satu hotel di Medan,” lapor sebuah portal lain memetik kenyataan Yusri.

Polis dipetik berkata rakaman itu dilakukan pada 2017 di Medan ketika ibu seorang anak itu masih berstatus isteri kepada aktor Gading Marten.

Sebelum ini Gisel dan lelaki yang dikenali dengan  singkatan MYD ialah suspek dalam video berkenaan.

Gading Marten dan Gisella Anastasia berkahwin pada 2013 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniai seorang anak.

Pasangan itu bercerai pada Jan 2019.