PARIS: Beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) mula memberikan suntikan vaksin kepada kumpulan sasar paling terdedah Covid-19 ketika varian baharu virus itu menular di England.

Penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Itali, Sepanyol dan Perancis pada Sabtu.

Vaksin berkenaan sedia untuk diagihkan ke rumah penjagaan orang tua-tua dan kakitangan terlibat.

Memetik AFP, di Jerman wanita berusia 101 tahun di rumah orang tua-tua menjadi individu pertama mendapat suntikan vaksin itu pada Sabtu.

Pada hari sama, suntikan pertama vaksin juga diberikan kepada warga di Hungary dan Slovakia.

Negara lain yang sudah menyuntik vaksin kepada warganyan ialah China, Rusia, Britain, Kanada, AS, Switzerland, Serbia, Singapura dan Arab Saudi.