BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berharap Israel dapat memberi suntikan vasin kepada seperempat daripada penduduknya dalam masa sebulan bagi memulihkan negara itu kepada kehidupan normal.

Netanyahu melalui rakaman video mengatakan beliau bercakap dengan ketua syarikat pembekal vaksin dan berhasrat Israel dapat memvaksin sehingga 150,000 orang sehari.

Netanyahu sendiri merupakan orang pertama menerima suntikan vaksin pada 19 Disember lepas.

Sehingga pagi Jumaat minggu, 210,000 orang menerima dos pertama vaksin Pfizer BioNTech.

Ini bererti dalam 30 hari, seramai 4.5 juta rakyat israel berjaya divaksin.

Semasa pandemik, penduduk Israel sekitar 9 juta jiwa dilarang keluar lebih satu kilometer dari rumah masing-masing dengan perniagaan ditutup.

Israel dilaporkan mempunyai 398,015 kes positif  Covid-19 dengan kematian mencapai 3,203 orang.