Kini varian baharu Covid-19 yang menular di Britain, turut menjangkiti beberapa negara Eropah seperti Sepanyol, Swiss, Sweden dan Perancis.

Negara lain turut dikesan tertular varian baharu Covid-19 ialah Kanada dan Jepun.

Di Kanda, sepasang kekasih di Ontario, yang dijangkiti tidak diketahui riwayat perjalanan mereka atau sejarah kontak berisiko tinggi.

Jepun yang kini terdapat tujuh kes varian baharu Covid-19, kini melarang sebahagian besar warga asing masuk memasuki sempadan negara selama sebulan.

Sementara itu, beberapa negara Kesatuan Eropah mula memberi vaksin kepada rakyatnya melawan virus lebih awal daripada jadual asal.

Varian baharu Covid-19 dikatakan lebih mudah menular, namun tahap berbahayanya belum diketahui.