Wednesday, September 22, 2021

Projek RTP DUN Pantai Damai terus Dilaksanakan

Mesti baca

KUCHING: Pelbagai projek di bawah Projek Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) terus giat dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Menteri Muda diJabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, semua projek tersebut merupakan keperluan masyarakat yang dipohon Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Ia termasuklah pembinaan sistem perparitan yang lebih efisien, benteng, padang bola sepak dan dewan masyarakat,” jelas beliau ketika melawat Projek RTP di Zon Telaga Air pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, setiap Projek RTP tetap dilaksanakan demi manfaat masyarakat, walaupun pandemik COVID-19 masih belum reda sepenuhnya.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memperkenalkan Projek RTP untuk memastikan keperluaan masyarakat disediakan,” ujarnya.  

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru