ST PETERSBURG: Pada tengah malam Vasily, 25, mabuk ketika menggoda wanita yang menunggang kuda di kota St. Petersburg, Rusia.

The Moscow Times melaporkan, menurut polis St. Petersburg, Vasily cuba mencium kuda yang ditunggangi wanita tersebut.

Sebelum itu sang wanita tersebut memperingatkan bahawa kuda itu mungkin akan menggigitnya.

Benar, kuda tersebut menggigit hidung Vasily sehingga dia perlu dikejarkan ke hospital.

Foto yang dimuat naik oleh Baza di Telegram menunjukkan lelaki bernama Vasily dengan hidung cedera berbungkus kain kasa.