Wednesday, September 22, 2021

Amalkan gaya hidup sihat, eratkan silaturrahim – ADUN Kuala Rajang

Mesti baca

SARIKEI: Penganjuran Karnival Sukan Rakyat 2.0 menjadi medium penting untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Menurut Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh program itu juga menjadi pendekatan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat khususnya golongan belia.

Berucap semasa perasmian karnival itu di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei pada Sabtu, Datu Len menjelaskan beliau akan berusaha membangunkan prasarana sukan di kawasan itu bagi menggalakkan masyarakat terus mengamalkan gaya hidup sihat.  

Pelbagai aktiviti menjadi pengisian karnival selama dua hari itu seperti petanque, sepak takraw, dart, futsal, memasak, gubahan bunga keladi, bike show dan pertunjukan layang-layang.

Ia diadakan berikutan permintaan dari peminat-peminat sukan di Sarikei yang dahagakan aktiviti pertandingan yang cukup lama tidak dianjurkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

Turut hadir Penghulu Bidin Bong, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei merangkap Ketua Wanita PBB Kuala Rajang Misiah Abu Seman dan Pengerusi Program Karnival KR Mohd Hafizd Mohd Rosley. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru