JAKARTA: Varian baharu virus korona sangat membingungkan dunia.

Duta Besar Britain di Jakarta pada Khamis menganggap varian baharu tersebut memiliki kemampuan penyebaran sehingga 70 peratus lebih tinggi.

Sehingga kini, asal varian baharu covid-19 belum diketahui, namun analisis genom dan sistem pengawasan Britain mampu mengenal pasti varian baharu tersebut.

Duta Besar menjelaskan, bahawa semua virus bermutasi menurut perjalanan masa dan ia muncul secara berkala.

Britain mengkui bekerjasama erat dengan pihak antarabangsa meminimumkan kesan virus.

Sebahagian negara di dunia seperti Singapura, Filipina, Korea Selatan, India, Hong Kong, China dan Indonesia menutup akses ke Britain setelah munculnya mutasi Covid-19 ini.