BEIJING: Sejajar perkembangan terbaharu berkaitan varian dari mutasi virus korona, Beijing kini menangguhkan semua penerbangan melibatkan perjalanan dengan Britain

Memetik AFP pada Khamis, jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata, China menangguhkan penerbangan melibatkan Britain.

Menurut penyedia data penerbangan Variflight, terdapat lapan penerbangan mingguan China-Britain melibatkan Air China, China Eastern Airlines dan China Southern Airlines.

British Airways mengoperasikan dua penerbangan seminggu Londo-Shanghai.

Sejumlah negara di dunia turut menutup akses melibatkan Britain ekoran kemunculan varian Covid-19 yang dilaporkan sangat pantas menular.

Jepun turut mengumumkan larangan sementara penerbangan melibatkan Britain bermula Khamis.

Selain itu, Singapura, Filipina dan Korea Selatan mengenakan larangan sama bermula Selasa.

Negara lainmenyekat perjalanan melibatkan destinasi Britain ialah India, Hong Kong, Filipina, Korea Selatan, Taiwan dan Indonesia.