Monday, June 27, 2022

Pekerja asing tiada pasport tidak boleh beli tiket bas

Secara Rawak

SIBU: Kementerian Pengangkutan Sarawak mengingatkan syarikat bas daerah/ekspres untuk tidak membawa pekerja asing bagi mengekang penyebaran Covid-19.

Dalam siaran medianya semalam kementerian itu berkata, jika bas daerah/ekspres didapati membawa pekerja asing, tindakan tegas dan hukuman berat akan dikenakan ke atas syarikat bas terbabit.

“Jawatankuasa Pengurusa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 18 Disember lalu telah membuat keputusan berikut yang harus dipatuhi dengan ketat oleh semua syarikat bas daerah atau ekspres yang beroperasi di Sarawak berkuat kuasa sertamerta mulai 18 Disember.

“Syarikat bas daerah/ekspres mesti memastikan bahawa pekerja asing yang ingin membeli tiket bas untuk melakukan perjalanan di Sarawak mesti terlebih dahulu menunjukkan pasport yang sah sebelum ada tiket yang dapat dikeluarkan atau dijual kepada mereka.

“Syarikat bas daerah/ekspres mesti sepenuhnya memastikan bahawa pemandu bas mereka tidak mengambil penumpang terutama pekerja asing sepanjang perjalanan bas daerah/ekspres,” kata kenyataan itu.

Ia menunjukkan bahawa agensi penguatkuasaan yang berkaitan seperti Jabatan Imigresen, PDRM, JPJ telah diminta untuk melakukan pemeriksaan secara rambang di bas daerah/ekspres terutama untuk mengesan pekerja asing haram di negeri ini.

“Sekiranya bas daerah/ekspres didapati mengangkut pekerja haram di seluruh negeri, tindakan tegas dan hukuman berat akan dikenakan ke atas syarikat bas.

“Kami memerlukan kerjasama penuh semua pengusaha bas daerah/ekspres untuk mengambil tindakan segera atas arahan ini berdasarkan keputusan JPBNS,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak Lau Khing Seng mengatakan syarikat basnya iaitu Lanang Bus Company Bhd dan Rajang Transport Sdn Bhd akan meminta penumpang untuk mencatatkan nama dan nombor telefon mereka semasa membeli tiket.

“Apabila anda ingin membeli tiket bas, kami akan meminta nama dan nombor telefon bimbit anda untuk dicatatkan. Kedua-dua syarikat kami telah melaksanakan prosedur ini selama ini. Tetapi saya tidak pasti mengenai syarikat bas lain.

“Kami mengikuti prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengambil suhu penumpang, sebelum menaiki bas dan meminta mereka mencuci tangan dengan cecair pensanitasi kuman,” jelas beliau ketika dihubungi semalam.

Lau menambah, mereka telah diberitahu oleh pihak berkuasa semalam bahwa pekerja asing yang ingin membeli tiket bas untuk melakukan perjalanan di Sarawak harus terlebih dahulu menunjukkan pasport yang sah sebelum tiket dapat dijual kepada mereka.

“Kami tidak akan menjual tiket bas kepada pekerja asing yang gagal menunjukkan passport yang sah kepada kami. “Selain itu, kami juga memerlukan nombor telefon mereka,” tegas beliau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru