Tuesday, May 11, 2021

Komited beri keselesaan kepada rakyat

Mesti baca

LINGGA: Kerajaan Sarawak komited dalam memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat di Bumi Kenyalang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri memberitahu, kerajaan negeri juga akan melaksanakan jalan pesisir pantai di kawasan itu dan mengikut perancangan dijangka siap pada tahun 2024.

Jelasnya, setiap pembangunan adalah untuk dinikmati rakyat dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Pra-Krismas Tahun 2020 di Rumah Laka, Benan Batu, Lingga pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan mengenai pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), Bantuan Ibu Bersalin, Kenyalang Gold Card dan lain-lain yang banyak membantu meringankan beban rakyat di negeri ini.

Memberi respon kepada masalah banjir yang diutarakan oleh Tuai Rumah Laka, Simoi menjelaskan akan berbincang bersama pihak berwajib mengenai benteng menahan air banjir untuk mengetahui anggaran kos dan kaedah terbaik bagi masalah ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan geran sebanyak RM2,000 kepada JKKK dan RM1,000 untuk Biro Wanita Rumah Laka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru