MUKAH: Tindakan menyembunyikan dadah di reban ayam oleh seorang tukang kebun berjaya dihidu oleh pihak polis di rumahnya di simpang Jalan Meruan, Jalan Sibu-Selangau pada Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, tindakan suspek berjaya dikesan dalam serbuan dibuat di rumahnya sekitar jam 11:45 pagi.

“Hasil pemeriksaan ke ats sebuah reban ayam bersebelahan rumah suspek mendapati terdapat satu plastik hujau mengandungi satu beg berwarna hitam dan juga satu tin bulat berwarna perak yang dijumpai di atas atap reban ayam tersebut.

“Manakala di dalam beg dan bekas tersebut didapati terdapat plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kecil disyaki dadah jenis Methampethamine dengan berat kasar masing-masing 26.69 gram dan 7.96 gram,” katanya lagi.

Ujarnya hasil ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah berbahaya.

Suspek ditahan selama tujuh hari sehingga 24 Disember ini di lokap Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.