Friday, December 3, 2021

Sarawak akan mempercepatkan minat pelabur untuk melabur di negeri ini

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Tengah Ali Hasan mendengar taklimat daripada Beijing BECA Sci-Tech Co. Ltd. dan Sinopec Engineering Incorporated of China berkaitan projek minyak dan gas bersepadu di Lawas.

Turut serta dalam taklimat melalui persidangan video dari China itu ialah Pengerusi BECA, Dong Chao dan Ketua Jurutera Sinopec Engineering, Huo Hongwei.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan diberi taklimat berkaitan perkembangan kajian kemungkinan projek yang dicadangkan dan memaklumkan Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan minat pelabur untuk melabur di Sarawak.

Hadir sama, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Setiausaha Tetap MINTRED, Datu Liaw Soon eng, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SEB, Datu Sharbini Suhaili, CEO RECODA, Datu Ismawi Ismuni dan pegawai kanan dari MIDA, EPU, SEB, RECODA, DEO, L&S, JBALB, JKR, NREB, Pelabuhan Miri dan lain-lain.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru