KUCHING: Kegiatan mencuri elektrik yang dilakukan penghuni sebuah rumah berkembar dua tingkat di Jalan Kong Ping di sini, terbongkar apabila dikesan dalam pemeriksaan rutin meter elektrik yang dijalankan Sarawak Energy (SEB) baru-baru ini.

SEB dalam kenyataan hari ini, berkata kaedah yang digunakan penghuni rumah terbabit untuk mencuri elektrik adalah dengan memasang geganti kawalan jauh di dalam meter.

“Pasukan pemeriksaan mengesan kaedah mencuri elektrik ini apabila mendapati penutup meter tidak asli,” katanya.

Menurut SEB, berdasarkan bacaan meter sebenar, rumah tersebut menggunakan elektrik pada kadar lebih RM400 sebulan namun selepas mengubah suai meter, mereka hanya membayar sekitar RM150 sebulan.

Justeru, katanya sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun.